Berikut disertakan kebaikan dan
keburukan penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak.
a) Kebaikan
Sistem kurikulum prasekolah telah
dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek
pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistemyang ada cukup
untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI
namunkelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses
pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini
termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu
pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus
pemodenan.Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu
pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat
membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Antara kepentingan internet kepada
pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan
yang mereka sukar dapatkan di sekolah.Selain itu, pelajar juga dapat membuat
aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara
melalui perkhidmatan internet.Selain itu, mereka juga dapat membuat projek
kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya di negara barat,
pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka
dan memasukkan gambar mereka.Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara
mereka sekali.Selain itu, ICT juga dapatmeningkatkan pembelajaran secara
kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan
penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran
melalui “peer group” yang lebih bersifat global.
Selain itu juga, melalui ICT,
pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar
dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran.ICT merupakan sesuatu yang
amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru
prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya
adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik
berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam
kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Selain itu,
ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian
masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh
dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat
memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan
pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif
dalam pembelajaran.Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk
menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Secara umumnya, ICT berupaya
membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran
yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat pelajar
yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan
komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai
pelajar walaupun lemah dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu.
Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk
mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu
saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta
juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
b) Keburukan
Ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang sibuk
mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa
memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di
kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam.
Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di
rumah.Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun
jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak
kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain
jadi mereka memilih untuk bermain komputer.
Kanak-kanak akan duduk bermain
permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh
kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka
mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada
penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan
komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang
sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak
akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka
hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja
daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri
dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam
kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk
mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah
pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah.
Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika
kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika
ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan
mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya kalah.
Seterusnya ict juga memberi impak
yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah.Penggunaan internet
tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang
melangkaui batas umur mereka.Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak
tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka
laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan
melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang
tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu
tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.Ict pada zaman kini
merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh
guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam
pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan
komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi
latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak
digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Mereka tidak tahu mereka sebenarnya
boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh
pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker
untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap
digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan
memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy
and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam
menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan
berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh
murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak
langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan
dan kebolehan mereka.
Kanak-kanak tidak akan dapat
menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu
tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka
tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang
sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar
sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu
sebenarnya bulat dan rasanya manis.
Hal ini kerana kanak-kanak akan
lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalaman mereka
disekeliling.Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer
mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar
sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi
mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada
komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih
daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat
mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka
tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap
kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan
dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka.
Dalam usaha
mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa
halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir
haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif
serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian
teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru,
sumber dan teknologi.Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi
sudah tentu mengambil masa yang lama.Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran
ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian
serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar
negara.Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri
dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
Do you understand there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will induce deep feelings of love and impulsive appeal to you deep inside his heart?
ReplyDeleteBecause hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, cherish and look after you with all his heart...
12 Words Who Trigger A Man's Love Impulse
This instinct is so hardwired into a man's mind that it will drive him to try harder than ever before to do his best at looking after your relationship.
Matter-of-fact, triggering this powerful instinct is absolutely important to achieving the best ever relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...
...You'll immediately find him expose his heart and soul for you in a way he haven't expressed before and he'll see you as the only woman in the galaxy who has ever truly appealed to him.