Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah. Kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Tekologi boleh memainkan peranan penting dalam proses P d P kanak-kanak (Haugland & Wright, 1997). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru. Oleh itu kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna. Jika ICT tidak sepenuhnya diintegrasikan ke dalam kurikulum secara keseluruhan, ia boleh meninggalkan kesan negative ke atas kreativiti kanak-kanak (Haugland, 1992).
Hasil Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya sikap responden terhadap komputer adalah tahap positif yang tinggi. Aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan menggunakan komputer sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Komputer paling banyak digunakan untuk tujuan latihan dan latih tubi iaitu soal jawab untuk pengukuhan. Kanak-kanak juga sangat berminat pada pembelajaran yang melibatkan komputer walaupun terpaksa berkongsi dan menunggu giliran untuk ‘bermain komputer’. Penggunaan komputer telah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sisitem pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelas prasekolah. Kurikulum baru yang digubal mengggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan Kemahiran hidup menjurus kepada peranan ICT kearah pembelajaran interaktif yang lebih berkesan dan meransang minda.
Implikasi
Terdapat banyak cara dan teknik guru prasekolah boleh meningkatkan ICT dalam P&P. Salah satu caranya ialah menggunakan perisian yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ICT dalam P&P harus dirancang dan dilaksanakaan sesuai dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan ICT dalam pendidikan prasekolah (Haugland &Wright, 1997) bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah. Kesedian guru prasekolah untuk mengintregasikan ICT dalam P&P merupakan faktor yang menentukan kejayaan keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P KSPK.
Guru yang mempunyai kemahiran komputer dan pengalaman menggunakan komputer akan bersikap lebih optimistik mengunakan komputer dalam P&P. Perbanyakkan kursus dalaman untuk meningkatkan pengetahuan komputer di kalangan guru. Selain itu guru prasekolah perlu bijak dan kreatif dalam penggunaan ICT di kelas prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanafaatkan bagi pembangunan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak.
Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberikan arahan kepada pendekatan ‘hands-on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak (Bill Gates, 1999). ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, pengabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.
Kesimpulan
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran , bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.

No comments:
Post a Comment