FRIEDRICH FROEBEL (1782-1852)
Froebel (juga dieja Fröbel; nama penuhnya Friedrich Wilhelm August Froebel)
dilahirkan pada 12 April 1782, di Oberweißbach , Thuringia, Ernestine Saxony
(kini di Jerman) merupakan seorang pendidik Jerman yang juga dikenali
sebagai pengasas kepada tadika dan salah satu reformis pendidikan yang paling
berpengaruh pada abad ke-19 sehingga dikenali sebagai Bapa Tadika.
Pada tahun 1816 Froebel menubuhkan Institut Pendidikan Universal Jerman di
Griesheim sebelum berpindah di Keilhau pada tahun 1817 di mana ia berfungsi
sehingga 1829. Froebel juga pernah mengendalikan rumah anak yatim dan sekolah
berasrama penuh di Burgdorf, Swiszerland.
Sekembalinya ke Jerman, pada tahun 1837 beliau menubuhkan sekolah jenis
baru iaitu sekolah awal kanak-kanak, taman kanak-kanak, atau (kindergarten)
tadika, untuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun. Menggunakan permainan,
lagu, cerita dan aktiviti, tadika ini direka sebagai satu persekitaran
pembelajaran di mana kanak-kanak, melalui aktiviti mereka sendiri, boleh
berkembang ke arah yang betul . Reputasi Froebel sebagai seorang pendidik awal
kanak-kanak mula meningkat dan banyak tadika telah ditubuhkan di seluruh Jerman
.
Ideologi / Teori Froebel
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan
pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak.
Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan
kanak-kanak berkembang melalui main.
Antara idea-idea Froebel ialah:
Antara idea-idea Froebel ialah:
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,
mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,
binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau juga mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui permainan.
JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 )
Di Amerika pada abad ke 19 muncul seorang tokoh yang terkemuka
didalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau adalah John Dewey
yang lahir pada 20 Oktober 1859, di Burlington, Vermont. Bapanya,
Archibald, asalnya merupakan seorang petani tetapi kemudiannya memutuskan untuk
mengejar kerjaya dalam perniagaan runcit, yang dibuka di bandar kecil
Burlington. Ibu Dewey, Lucina, juga dibesarkan dalam perniagaan pertanian .
Bapanya pernah menyertai Tentera Kesatuan apabila pecahnya Perang Saudara di
Amerika.
Dewey menamatkan persekolahannya pada umur 12 tahun di sekolah
awam Burlington. Beliau memasuki sekolah menengah dalam tahun 1872 dan tamat
dalam tempoh 3 tahun. Beliau mula pengajian kolej di University of
Vermont, Burlington pada 1875 sewaktu berusia 16 tahun.
Selepas tamat pengajiannya diperingkat Ph.D., Dewey ditawarkan
menjadi professor muda di University Michigan dari 1884 hingga 1894. Dalam
tahun 1894, Dewey menyertai universiti yang baru berusia 4 tahun iaitu
University of Chicago. Disinilah beliau memulakan secara meluas kajian,
penerbitan dan dialog tentang falsafah, psikologi, dan kajian tentang
pedagogi. Dewey merasakan bahawa pengajian pedagogi haruslah berasingan
daripada pengajian falsafah dan psikologi, dan selepas mendapat persetujuan
presiden kolej Jabatan Pedagogi ditubuhkan. Di awal 1900 program Chicago ini
(sekarang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan) telah menjadi program yang
paling dihormati di dalam Amerika.
Pada akhir tahun 1800 , Dewey mula menumpukan banyak perhatian kepada
Jabatan Pedagogi yang baru dibangunkannya. Pada tahun 1896, melalui usaha
langsung Dewey, sekolah eksperimen pertama, yang dipanggil sekolah Universiti
Elementary telah ditubuhkan. Ia adalah sebuah sekolah percubaan makmal, telah
melibatkan pelajar-pelajar di dalam kelas.
Ideologi / Teori Dewey
Tokoh yang terkenal dengan jolokan Bapa Pragmatisma ini
berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan
untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala
ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.
Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana
kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut
beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan
beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan
dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau,
pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak
berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan
kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu
dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.
The Star Sydney FC is back with a world-class casino
ReplyDeleteThe 광명 출장샵 Star Sydney FC is ready for a huge 통영 출장샵 weekend of action with the Star Gold 김해 출장안마 Coast 당진 출장샵 casino action, luxury entertainment, 정읍 출장마사지 a new world-class