Thursday, 14 May 2015

ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berikut disertakan kebaikan dan keburukan penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak.

      a)    Kebaikan

Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistemyang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namunkelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan.Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah.Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet.Selain itu, mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka.Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.Selain itu, ICT juga dapatmeningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global.

Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran.ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

      b)    Keburukan

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah.Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain komputer.


Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya kalah.


Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah.Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran. 

Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. 

Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalaman mereka disekeliling.Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi.Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama.Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara.Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.




1 comment:

  1. Do you understand there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will induce deep feelings of love and impulsive appeal to you deep inside his heart?

    Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, cherish and look after you with all his heart...

    12 Words Who Trigger A Man's Love Impulse

    This instinct is so hardwired into a man's mind that it will drive him to try harder than ever before to do his best at looking after your relationship.

    Matter-of-fact, triggering this powerful instinct is absolutely important to achieving the best ever relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll immediately find him expose his heart and soul for you in a way he haven't expressed before and he'll see you as the only woman in the galaxy who has ever truly appealed to him.

    ReplyDelete