a)
Guru Sebagai Seorang Insan
Guru pendidikan awal kanak-kanak
merupakan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri (personaliti) kuasa pengaruh
yang berkesan cara mereka berhubung dengan kanak-kanak, orang dewasa dan cara
kelakuan mereka di bilik darjah. Personaliti termasuklah kualiti pada
pemikiran, tingkahlaku dan emosi. Kesannya kanak-kanak akan menjadikan guru
sebagai model yang terdekat dengannya.
b)
Peranan Guru
Dimensi pertama professional mendidik
awal kanak-kanak perlu dilihat isu penting peranan guru. Istilah peranan
(role) merujuk kepada harapan (exepectation) yang dibuat oleh orang ramai sebab
guru memegang kedudukan tertentu dalam masyarakat. Sebenarnya kerjaya guru awal
kanak-kanak bukan suatu yang kecil diambil mudah. Sebaliknya harapan bersama
dengan peranannya yang banyak, pelbagai dan kadangkala bertentangan
(contradictory). Kebanyakan orang bersetuju bahawa kerjaya pendidik awal
kanak-kanak adalah untuk membantu kanak-kanak belajar dan membesar. Namun
perkara khusus guru diharapkan untuk memenuhi matlamat bergantung kepada
perdebatan.Terdapat perbezaan pendapat yang berbeza apa yang perlu kanak-kanak
belajar dan lakukan semasa di sekolah (prasekolah/tadika). Ada yang berpendapat
guru lebih penting mengajar fakta dan kemahiran selain berfikir dan
penyelesaian masalah. Bagaimana pun masih ada yang percaya perkembangan
intelektual tidak penting untuk awal kanak-kanak beranggapan kanak-kanak perlu
belajar menyesuaikan diri dengan orang lain dalam kumpulan dan merasa selesa
tentang dirinya sebagai manusia dan sebagai pelajar.
c)
Peranan Guru Melibatkan Keseluruhan Perkembangan Kanak-Kanak
Secara umumnya dipersetujui pada hari ini
pendidikan awal kanak-kanak perlu terlibat dalam semua bidang perkembangan
kanak-kanak iaitu sosial, emosi, intelektual dan fizikal. Peranan guru
melibatkan pelbagai aneka di prasekolah dan tadika. Perihatin dengan
perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek terutama alam program awal
pendidikan sebab kanak-kanak ini terlalu lemah dan tidak berpengalaman
berbanding dengan kanak-kanak yang sudah belajar secara formal di darjah satu
dan seterusnya.
d)
Peranan guru memupuk perkembangan kanak-kanak
Pendidik di prasekolah khususnya
berperanan memupuk perkembangan kanak-kanak kecil kerana usianya yang masih
memerlukan penjagaan sebagaimana peranan ibubapa di rumah. Program pendidikan di prasekolah selalunya
menyediakan transisi pertama dari rumah kepada dunia yang lebih luas lagi.
Pendidik memainkan peranan penting dalam membantu ibubapa dan kanak-kanak untuk
berjauhan antara satu sama lain. Sebenarnya pendidik di prasekolah merupakan
orang dewasa yang pertama di luar rumah yang bekerja dengan keluarga dan
mempunyai hubungan dengan ibubapa dan kanak-kanak. Oleh yang demikian peranan
pendidik melibatkan bekerja dengan ibubapa dan juga kanak-kanak termasuk
membantu ibubapa untuk menangani perpisahan sewaktu kanak-kanak di tinggalkan
dan memahami dan mengaitkan dengan kanak-kanak secara konstruktif. Peranan pendidik
di prasekolah perlu mententeramkan kanak-kanak untuk berasa selamat sewaktu
dalam jagaannya.
e)
Peranan Pendidik Sebagai Ibu Bapa
Di Prasekolah
Pendidik awa lkanak-kanak berperanan
sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak tetapi mereka bukanlah ibu bapa, mereka
tetap sebagai pendidik. Ibu dan pendidik perlu berbeza tahap perapatan terhadap
kanak-kanak. Ibu perlu lebih bias atau berat sebelah tumpuannya dan berfikir
anak mereka adalah insan yang terhebat dan teristimewa di dunia. Manakala
pendidik pula perlu menghargai kanak-kanak tetapi dengan cara yang lebih
realistik. Pendidik perlu lebih objektif untuk membuat pemerhatian dan menilai
kanak-kanak secara realistic dan berkerja dengan kanak-kanak bukan sahaja
secara individu tetapi juga dalam kumpulan. Pendidik perlu ingat difikirannya
sentiasa seimbang antara keperluan individu dan keseluruhan kumpulan.
f)
Membezakan Peranan Pendidik Dan Ibu Mendidik Kanak-Kanak Prasekolah
Pendidik di prasekolah perlu lebih
objektif daripada ibu. Ibu perlu lebih spontan daripada pendidik prasekolah.
Peranan ibu untuk bertindak lebih mesra dan keakraban pada anaknya dan tidak
perlu bimbang terhadap kesan setiap tindakannya. Pendidik di prasekolah perlu
lebih memberi tumpuan dan menyampaikan. Pendidik perlu mempunyai matlamat yang
jelas dan merancang aktiviti secara bersistematik untuk meningkatkan bidang
khusus perkembangan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment