Thursday, 14 May 2015

Pengenalan

Kanak-kanak  ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai umur baligh. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. "Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.

Semua kanak-kanak mudah menerima apa sahaja pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, berwarna-warni, imej yang bergerak, imej yang mengeluarkan bunyi, bahan-bahan semula jadi  dan lain-lain yang memberi daya tarikan.

Pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik ke atas awal kanak-kanak ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. Sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. Contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. Selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. Jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment