Thursday, 14 May 2015

Pengenalan

Kanak-kanak  ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai umur baligh. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. "Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.

Semua kanak-kanak mudah menerima apa sahaja pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, berwarna-warni, imej yang bergerak, imej yang mengeluarkan bunyi, bahan-bahan semula jadi  dan lain-lain yang memberi daya tarikan.

Pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik ke atas awal kanak-kanak ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. Sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. Contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. Selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. Jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak.


ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berikut disertakan kebaikan dan keburukan penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak.

      a)    Kebaikan

Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistemyang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namunkelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan.Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah.Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet.Selain itu, mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka.Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.Selain itu, ICT juga dapatmeningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global.

Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran.ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

      b)    Keburukan

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah.Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain komputer.


Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya kalah.


Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah.Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran. 

Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. 

Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalaman mereka disekeliling.Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi.Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama.Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara.Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.




SEJARAH TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


FRIEDRICH FROEBEL (1782-1852)

Froebel (juga dieja Fröbel; nama penuhnya Friedrich Wilhelm August Froebel) dilahirkan pada 12 April 1782, di Oberweißbach , Thuringia, Ernestine Saxony (kini di Jerman) merupakan seorang  pendidik Jerman yang juga dikenali sebagai pengasas kepada tadika dan salah satu reformis pendidikan yang paling berpengaruh pada abad ke-19 sehingga dikenali sebagai Bapa Tadika.

Pada tahun 1816 Froebel menubuhkan Institut Pendidikan Universal Jerman di Griesheim sebelum berpindah di Keilhau pada tahun 1817 di mana ia berfungsi sehingga 1829. Froebel juga pernah mengendalikan rumah anak yatim dan sekolah berasrama penuh di Burgdorf, Swiszerland.

Sekembalinya ke Jerman, pada tahun 1837 beliau menubuhkan sekolah jenis baru iaitu sekolah awal kanak-kanak, taman kanak-kanak, atau (kindergarten) tadika, untuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun. Menggunakan permainan, lagu, cerita dan aktiviti, tadika ini direka sebagai satu persekitaran pembelajaran di mana kanak-kanak, melalui aktiviti mereka sendiri, boleh berkembang ke arah yang betul . Reputasi Froebel sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak mula meningkat dan banyak tadika telah ditubuhkan di seluruh Jerman .

Ideologi / Teori Froebel
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main.

Antara idea-idea Froebel ialah:

Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.  Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.

Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau juga mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui permainan.


JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 )

Di Amerika pada abad ke 19 muncul seorang tokoh yang terkemuka didalam bidang pendidikan awal  kanak-kanak. Beliau adalah John Dewey yang  lahir pada 20 Oktober 1859, di Burlington, Vermont. Bapanya, Archibald, asalnya merupakan seorang petani tetapi kemudiannya memutuskan untuk mengejar kerjaya dalam perniagaan runcit, yang dibuka di bandar kecil Burlington. Ibu Dewey, Lucina, juga dibesarkan dalam perniagaan pertanian . Bapanya pernah menyertai Tentera Kesatuan apabila pecahnya Perang Saudara di Amerika.

Dewey menamatkan persekolahannya pada umur 12 tahun di sekolah awam Burlington. Beliau memasuki sekolah menengah dalam tahun 1872 dan tamat dalam tempoh 3 tahun. Beliau mula pengajian  kolej di University of Vermont, Burlington pada 1875 sewaktu berusia 16 tahun.

Selepas tamat pengajiannya diperingkat Ph.D., Dewey ditawarkan menjadi professor muda di University Michigan dari 1884 hingga 1894. Dalam tahun 1894, Dewey menyertai universiti yang baru berusia 4 tahun iaitu University of Chicago. Disinilah beliau memulakan secara meluas kajian, penerbitan dan dialog tentang falsafah, psikologi, dan kajian tentang pedagogi.  Dewey merasakan bahawa pengajian pedagogi haruslah berasingan daripada pengajian falsafah dan psikologi, dan selepas mendapat persetujuan presiden kolej Jabatan Pedagogi ditubuhkan. Di awal 1900 program Chicago ini (sekarang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan) telah menjadi program yang paling dihormati di dalam Amerika.

Pada akhir tahun 1800 , Dewey mula menumpukan banyak perhatian kepada Jabatan Pedagogi yang baru dibangunkannya. Pada tahun 1896, melalui usaha langsung Dewey, sekolah eksperimen pertama, yang dipanggil sekolah Universiti Elementary telah ditubuhkan. Ia adalah sebuah sekolah percubaan makmal, telah melibatkan pelajar-pelajar di dalam kelas.

Ideologi / Teori  Dewey
Tokoh yang terkenal dengan jolokan Bapa Pragmatisma ini berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak.

Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.



Hala Tuju ICT Prasekolah

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah.  Kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Tekologi boleh memainkan peranan penting dalam proses P d P kanak-kanak (Haugland & Wright, 1997). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru. Oleh itu kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna.  Jika ICT tidak sepenuhnya diintegrasikan ke dalam kurikulum secara keseluruhan, ia boleh meninggalkan kesan negative ke atas kreativiti kanak-kanak (Haugland, 1992).

Hasil Kajian
            
Hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya  sikap responden terhadap komputer adalah tahap positif yang tinggi. Aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan menggunakan komputer sebagai salah satu alat bantuan mengajar.  Komputer paling banyak digunakan untuk tujuan latihan dan latih tubi iaitu soal jawab untuk pengukuhan.  Kanak-kanak juga sangat berminat pada pembelajaran yang melibatkan komputer  walaupun terpaksa berkongsi dan menunggu giliran untuk ‘bermain komputer’.   Penggunaan komputer telah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.      
            
Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sisitem pendidikan masa kini.  Penggunaan ICT dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelas prasekolah. Kurikulum baru yang digubal mengggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan Kemahiran hidup menjurus kepada peranan ICT kearah pembelajaran interaktif yang lebih berkesan dan meransang minda.

Implikasi        
           
Terdapat banyak cara dan teknik guru prasekolah boleh meningkatkan ICT dalam P&P.  Salah satu caranya ialah menggunakan perisian yang sesuai dengan   perkembangan kanak-kanak untuk mencapai objektif  pelajaran.  Pendekatan ICT dalam P&P harus dirancang dan dilaksanakaan sesuai dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak-kanak.  Keberkesanan ICT dalam  pendidikan prasekolah  (Haugland &Wright, 1997)  bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah.  Kesedian guru prasekolah untuk mengintregasikan ICT dalam P&P merupakan faktor yang menentukan kejayaan keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P KSPK.  
     
Guru yang mempunyai kemahiran komputer dan pengalaman menggunakan komputer akan bersikap lebih optimistik mengunakan komputer dalam P&P.  Perbanyakkan kursus dalaman untuk meningkatkan pengetahuan komputer di kalangan guru.  Selain itu guru prasekolah perlu bijak dan kreatif dalam penggunaan ICT di kelas prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.   Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanafaatkan bagi pembangunan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak.
            
Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan  guru memberikan arahan kepada pendekatan ‘hands-on’ dan  menggunakan sepenuhnya sifat  inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak (Bill Gates, 1999).  ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai  komponen, pengabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.

Kesimpulan

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.  ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran , bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.


ICT untuk kanak-kanak prasekolah: Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada peringkat awal kanak-kanak, pengalaman mereka mampu mempengaruhi pembelajaran serta perkembangan mereka dan proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu, penyediaan pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dan mereka memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Selain itu, kita juga perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan serta kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003), bahagian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia menyarankan bahawa salah satu daripada pendekatan yang harus digunakan di Prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan penggunaan ICT atau pun TMK (Teknologi maklumat dan komunikasi) dan termasuklah pengintegrasian komputer dalam prasekolah.   

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.  Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

ICT dalam Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan P&P. Dalam kurikulum prasekolah kebangsaan juga telah dinyatakan bahawa penggunaan komputer adalah untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dengan rakan sebaya dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga telah berusaha untuk menjayakan rancangan ini dengan membekalkan kelas prasekolah dengan sistem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah (Lim Keat Heng, 2007).

Penggunaan Bahan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah, Penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidkan Awal kanak-kanak juga, pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak- kanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak kira di mana juga. Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah.

Penggunaan bahan ICT agak terkenal di negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaansoftware atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus: whale and dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanak- kanak (Doris Bergen,2001).


Kepentingan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar ain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dpat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

Di samping itu, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh di atas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global. Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran.

ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.


GURU DI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

      a)    Guru Sebagai Seorang Insan

Guru pendidikan awal kanak-kanak merupakan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri (personaliti) kuasa pengaruh yang berkesan cara mereka berhubung dengan kanak-kanak, orang dewasa dan cara kelakuan mereka di bilik darjah. Personaliti termasuklah kualiti pada pemikiran, tingkahlaku dan emosi. Kesannya kanak-kanak akan menjadikan guru sebagai model yang terdekat dengannya.

      b)    Peranan Guru

Dimensi pertama professional mendidik awal kanak-kanak perlu dilihat isu penting peranan guru.  Istilah peranan (role) merujuk kepada harapan (exepectation) yang dibuat oleh orang ramai sebab guru memegang kedudukan tertentu dalam masyarakat. Sebenarnya kerjaya guru awal kanak-kanak bukan suatu yang kecil diambil mudah. Sebaliknya harapan bersama dengan peranannya yang banyak, pelbagai dan kadangkala bertentangan (contradictory). Kebanyakan orang bersetuju bahawa kerjaya pendidik awal kanak-kanak adalah untuk membantu kanak-kanak belajar dan membesar. Namun perkara khusus guru diharapkan untuk memenuhi matlamat bergantung kepada perdebatan.Terdapat perbezaan pendapat yang berbeza apa yang perlu kanak-kanak belajar dan lakukan semasa di sekolah (prasekolah/tadika). Ada yang berpendapat guru lebih penting mengajar fakta dan kemahiran selain berfikir dan penyelesaian masalah. Bagaimana pun masih ada yang percaya perkembangan intelektual tidak penting untuk awal kanak-kanak beranggapan kanak-kanak perlu belajar menyesuaikan diri dengan orang lain dalam kumpulan dan merasa selesa tentang dirinya sebagai manusia dan sebagai pelajar.

      c)    Peranan Guru Melibatkan Keseluruhan Perkembangan Kanak-Kanak

Secara umumnya dipersetujui pada hari ini pendidikan awal kanak-kanak perlu terlibat dalam semua bidang perkembangan kanak-kanak iaitu sosial, emosi, intelektual dan fizikal. Peranan guru melibatkan pelbagai aneka di prasekolah dan tadika. Perihatin dengan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek terutama alam program awal pendidikan sebab kanak-kanak ini terlalu lemah dan tidak berpengalaman berbanding dengan kanak-kanak yang sudah belajar secara formal di darjah satu dan seterusnya.

      d)    Peranan guru memupuk perkembangan kanak-kanak

Pendidik di prasekolah khususnya berperanan memupuk perkembangan kanak-kanak kecil kerana usianya yang masih memerlukan penjagaan sebagaimana peranan ibubapa di rumah.  Program pendidikan di prasekolah selalunya menyediakan transisi pertama dari rumah kepada dunia yang lebih luas lagi. Pendidik memainkan peranan penting dalam membantu ibubapa dan kanak-kanak untuk berjauhan antara satu sama lain. Sebenarnya pendidik di prasekolah merupakan orang dewasa yang pertama di luar rumah yang bekerja dengan keluarga dan mempunyai hubungan dengan ibubapa dan kanak-kanak. Oleh yang demikian peranan pendidik melibatkan bekerja dengan ibubapa dan juga kanak-kanak termasuk membantu ibubapa untuk menangani perpisahan sewaktu kanak-kanak di tinggalkan dan memahami dan mengaitkan dengan kanak-kanak secara konstruktif. Peranan pendidik di prasekolah perlu mententeramkan kanak-kanak untuk berasa selamat sewaktu dalam jagaannya.

      e)    Peranan Pendidik Sebagai Ibu Bapa  Di Prasekolah

Pendidik awa lkanak-kanak berperanan sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak tetapi mereka bukanlah ibu bapa, mereka tetap sebagai pendidik. Ibu dan pendidik perlu berbeza tahap perapatan terhadap kanak-kanak. Ibu perlu lebih bias atau berat sebelah tumpuannya dan berfikir anak mereka adalah insan yang terhebat dan teristimewa di dunia. Manakala pendidik pula perlu menghargai kanak-kanak tetapi dengan cara yang lebih realistik. Pendidik perlu lebih objektif untuk membuat pemerhatian dan menilai kanak-kanak secara realistic dan berkerja dengan kanak-kanak bukan sahaja secara individu tetapi juga dalam kumpulan. Pendidik perlu ingat difikirannya sentiasa seimbang antara keperluan individu dan keseluruhan kumpulan.

      f)     Membezakan Peranan Pendidik Dan Ibu Mendidik Kanak-Kanak Prasekolah

Pendidik di prasekolah perlu lebih objektif daripada ibu. Ibu perlu lebih spontan daripada pendidik prasekolah. Peranan ibu untuk bertindak lebih mesra dan keakraban pada anaknya dan tidak perlu bimbang terhadap kesan setiap tindakannya. Pendidik di prasekolah perlu lebih memberi tumpuan dan menyampaikan. Pendidik perlu mempunyai matlamat yang jelas dan merancang aktiviti secara bersistematik untuk meningkatkan bidang khusus perkembangan kanak-kanak.


Saturday, 9 May 2015

Apa yang perlu anda tahu tentang luwen geng MSU

Kami adalah pelajar Management and Science Univercity (MSU) ahli kumpulan pelajar-pelajar PPG Sesi November 2012 BECE seramai 9 orang berasal dari pelbagai negeri dan ahli kumpulan kami terdiri daripada Zabidah, Asmaiza, Rita, Baya, Baizura, Dila, Ros, Akma dan Melati.

Kami berusaha dengan penuh cabaran untuk memenuhi projek GCS 2013-Computer For Young Children. Pensyarah kami Pn Suraya yang comel banyak membantu untuk membina blog yang amat rumit pada kami ini.  Dengan izin Allah usaha dan tawakal kami ini InsyaAllah akan dapat membantu pelajar-pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak seluruh dunia.


Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.  Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepebuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri kanak-kanak - Bill  Gates (1999).

Ciri-ciri kanak-kanak prasekolah
1.  Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih menggunakan deria (penglihatan dan pendengaran        audio visual) untuk mengumpul dan  membina maklumat.
2.  Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak-kanak (immediate perception)
3.  Pengetahuan kanak-kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan.
4.  Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah.